berkabung

Marilah kita berdoa dan menyedekahkan al-Fatihah kepada mangsa² tragedi Tsunami...setakat aku nengok berita kul 1.30 td adalah mangsa korban kat mesia seramai 66 org..uhuhuhu...kalu seluruh mangsa tragedi +oversea adalah dlm seramai 25,000(tak silap aku le) org isk isk..yelah kalau kat Sri Lanka saja 2/3 negara tuh musnah kene tsunami...pantai Phuket seumpana lautan mayat kerana selepas 2 hari kejadian mayat² mula timbul di lautan. Kebanyakannya pelancong asing.


Hmm..kelmarin adik aku call mak aku,dia kat Kedah...sempat jugak dia sampaikan pesanan² cam org nak mati,sedih plak aku..mesti masa tergoncang tuh dia kecot perot tahap medula oblogata...dia pesan mintak ampon byk²,halalkan makan minum dia selama nieh,segala utang dia tolong amik duit dlm bank pastu kalu takleh cover halalkan sume..isk adik aku nieh..wat aku sedih lak.Ada ke ckp cenggituh.


Allah berkuasa memberi hidayah kepada hamba-nya.Kalau ada perkara2 camnih baru kita hingat matikan?


Tp pica aku ucapkan takziah kerana kehilangan 3 saudara dia yg berkelah kat Batu Feringgi.Walaupon jauh tapi mesti tetap terkejut dan sedih gak kan?


Siapalah kita nak lawan Allah yang maha berkuasa.So sesapa yg ada byk duit tuh derma²kan lah kepada mangsa tragedi nih,tuhan saja mampo membalasnya.Semua sumbangan boleh disalurkan kepada New Straits Times atau Berita Harian di Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur. Sebarang cek kepada The New Straits Times Press Berhad perlu ditulis Tabung Mangsa Tsunami NST-BH-TV3-8TV di belakangnya



Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada diri mu sendiri melainkan telah tertulis di dalam kitab sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Surah Al-Hadid; 22)


Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi di dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasnya). Sesungguhnya Allah maha halus lagi maha mengetahui. (Surah Luqman; 16).


Katakanlah; sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal. (Surah At-Taubah; 51)


Katakanlah: aku tidak berkuasa mendatangkan kemudaratan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku melainkan apa yang Allah kehendaki. (Surah Yunus;49)


Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluknya), tidak mengantuk dan tidak tidur, kepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya?. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tiada merasa berat memelihara keduanya dan Allah maha tinggi lagi maha besar. (Surah Al Baqarah; 255)

p/s Sebak aku nengok iklan tabung mangsa Tsunami Malaysia kat kaca TV,yg kehilangan sedara-mara/adik-beradik/ anak dan isteri...

Your Name:


Your Comment: