God,Give Me One More Time....

Semalam dengar lagu Amok-Joget Tari Lenggang. Best jugak. Tergelak aku sowang2 sbb teringat camner aku n osmate2 aku masa alpha gadoh ngan roommate aku psl grup Amok nih. Punya la minah nih bermatian-matian pertahankan Amok. Dia kata muzik n lagu amok best…Kitorang punya la bantai gelak kat. Siap aku yg jahat nih dok kata kalau la aku jumpa kaset Amok kat tengah jalan ,aku sanggup buang dlm tong sampah. Tapi sebenarnya kitorang xder la benci sgt kat Amok, Cuma saje nak sakat dia. Sampai satu tahap minah nih bengang gile so kitorang stop kutuk Amok heheheh tapi rasa sayu tiba2 bila aku realise minah nih dah takder. Sedeeeeeeeeeeey!!! L (nada zelin)


Antara perkara yg aku nyesal dlm hidup nih adalah aku tak bersungguh-sungguh utk jadik kwn dia yg terbaik. Masa aku ziarah dia pon dia dah koma. Dah la tuh, bila aku tgk dia, aku tak mampu kata apa-apa. Tak cakap aku datang dah beri dia semangat utk hidup. Sbb aku tak percaya kawan yg aku kenal seorang yg ceria tetiba sakit dan terlantar hampir mati. Betul ke kwn aku camnih????? Masa tuh walau org cakap harapan dia amat tipis tp aku tak percaya. Aku harap2 dia akan sembuh dah hidup seperti biasa. Sampai sekarang pon bila aku tgk pokok kaktus aku teringat kat dia sbb dia suke gile pokok kaktus. Chomel katanya.


Aku pon tak sedar bila dia sakit, pakwe dia ada cakap,dia mmg tak cakap kat semua org dia sakit. Nape dia baik sgt? Kadang-kadang aku salahkan diri sendiri sbb isk bodohnya aku……kalau la aku leh stop tabiat dia yg suke mkn panadol dulu takkan sampai camnih. Lagi la rasa bodoh bila aku baru jumpa penawarnya. Tapi Allah lagi sayangkan dia.


Aku tnya Maisya apa perasaan dia agaknya masa dia sakit tuh. Maisya kata maybe dia sedar dia akan mati tp dia takleh lari.Hmmm….Kalu camtuh aku yg x sakit nih canner?Kalu tetiba je mati,mesti  x sempat nak taubat. Baru2 nih aku ada mimpi dia. Aku hantar dia naik bas express. Muka dia ceria cam biasa. Aku hantar sampai atas bas. Sekali bila aku nak turun, pintu bas tertutup dan bawa aku skali. Bila aku sedar…What’s d’ meaning???? Aku pun nak mati dah ke?Rasa takot pon ada sbb pahala aku bukan byk sgt huuhuhu…..


Sampai bila-bila aku takkan lupakan tarikh keramat 29 February 04 sbb mlm tuh masa aku tgh tensen wat FYP,aku trima msg dr Gya kata dia dah meninggal kul 12.30. Pastu bertalu-talu aku trima msg dr kwn2,kwn2 aku+osmate aku masa alpha call. Wid yg blk dr konsert nashid pon datang. Malu plak Wid tgk aku nangis. Terima kasih kwn2 sbb bagi semangat kat aku esp 410K+410J…masa tuh rasa idup berubah kejap. Rasa cam ada batu besar hempap kapla aku.


Tapi aku tumpang bahagia+terharu bila sampai akhir hayat dia,dia terjumpa true love dia. Terima kasih aku ucap kat pakwe dia sbb sanggup sacrife jaga dia masa dia sakit. Pakwe dia pon sengsara gile aku tgk. Siap nak derma buah pinggang tp  x dpt. Bila dia meninggal, pakwe dia suh aku doakan diorang akan jumpa kat syurga. I’Allah… Cuma setahu aku kalu diorang kahwin baru boleh jumpa..ntah la.


So kengkwn,maafkan kelemahan+keburukan aku  kalu selama nih aku  xdpt jadik kwn yg baik. I’m not a perfect person. Kalau la aku ada sedikit masa lagi…..utk aku tak menyesal buat selama-lamanya.


Petikan dr cerita God,Give Me One More Time:


Mengapa manusia mesti tunggu sehingga semuanya sudah terlewat


Baru tersedar segalanya sudah tak sempat lagi


Bila jam utk kehidupan sudah hampir


Diberhentikan oleh Tuhan


Sekarang baru ternampak cahaya


Cahaya yg lemah dalam kegelapan


Tolong jagakan cahaya yg lemah ini


Jangan biarkan ia terpadam


Semasa semua orang tak sedar


Saya sanggup tukarkan dengan naywa saya


Wahai tuhan,Tolon berikan saya lebih sikit masa


GOD..GIVE ME ONE MORE TIME……..



posted by: Sue (reply)
post date: 09.30.04 (11:42 pm)

Ita..sedey :( Sedey sampai tak boleh menangis...Hehe



posted by: mita (reply)
post date: 10.01.04 (2:27 am)

uwaaahh...kita jahat kan? kan?kan??



posted by: SpiritualGal (reply)
post date: 10.02.04 (11:19 pm)

assalamualaikum. jgn lah salahkan diri sendiri. mmg dah ditakdirkan camni. Allah lebih sayangi dia. Sbj kwn, doakan agar roh nya dicucuri rahmat. Just carry on wif ur life gurl... :)



posted by: mita (reply)
post date: 10.05.04 (9:03 am)

tuh la psl..redha je lah :)

Your Name:


Your Comment: