episode2:siapakah meke neh??

Penduduk tak sangka pelajar pengotor


SAYA ingin menegur sikap segelintir penyewa terutama pelajar universiti berhampiran di kawasan perumahan Bukit Beruang, Melaka yang tidak menghiraukan soal kebersihan. Longgokan sampah-sarap sentiasa menghiasi depan rumah masing-masing.


Ramai yang tidak menggunakan beg plastik hitam untuk membungkus sampah-sarap. Sebaliknya semua sampah dicampak terus ke luar rumah. Tidak malu agaknya mereka melihat tong sampah terbalik dengan segala isinya bertaburan sebelah pintu pagar rumah masing-masing.


Malah di laluan jalan kaki dari kawasan perumahan ke Universiti Multimedia (MMU) yang berhampiran juga banyak bertaburan sampah-sarap. Sebahagian pelajar itu nampaknya macam tidak peka mengenai kebersihan, malah tidak ambil peduli langsung.


Kalau tengokkan gaya mereka berpakaian memang kita tak sangka yang mereka itu pengotor. Harapkan gaya saja yang nampak gempak, cute dan lawa tapi sanggup hidup di kelilingi bau busuk dan sampah-sarap berselerak.
Saya tinggal di kawasan perumahan berkenaan sejak 1990. Pada masa itu kawasan berkenaan tenang dan selesa didiami. Namun selepas 15 tahun berlalu, ia berubah wajah dengan pembangunan yang amat pesat.
Kawasan ini sudah menjadi bandar universiti yang dihuni beribu pelajar pelbagai bangsa. Berbanding pelajar Kolej Komuniti, pelajar MMU jauh lebih ramai menghuni Bukit Beruang. Khabarnya majoriti pelajar MMU datang daripada keluarga berada. Masing-masing ramai yang berkereta dan bergaya menarik.
Soal pengotor satu hal, seperkara lagi ialah soal bising. Tidur saya selalu terganggu dengan deraian ketawa segelintir pelajar yang suka berembun di jalan raya. Suara mereka bergurau dan ketawa mengilai jelas dan lantang kedengaran di bilik tidur saya.
Biasanya waktu itu sekitar jam 2 pagi. Khabarnya di Bukit Beruang ini pernah berlaku pertengkaran di antara keluarga berkelamin yang berjiran dengan pelajar. Mereka membuat bising secara keterlaluan sehingga anak jiran tidak boleh tidur. Selepas kena tegur biasanya mereka berhenti sekejap tetapi tak lama kemudian ulang tabiat memekak itu lagi. Akhirnya keluarga berkelamin itu menjual rumah mereka dan berpindah ke tempat lain.
Kalau tidak kerana petugas Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang datang membersihkan segala kotoran mereka itu secara berkala, mungkin sebahagian kawasan kediaman di kawasan ini sudah lama menjadi tapak pelupusan sampah-sarap.
Lilac,
Bukit Beruang, Melaka.


***aku amek berita di atas dr blog wid.Tak taula sumber BERNAMA dia dr mana hehe pekata aku pon nak interprem aka komen gak hehe***


1) student2 pengotor neh agak2 dak2 baru kot(kes tak ngaku).Setau aku kwn2 aku neh ok2 blaka(walau x sume).Nak kata kitorang suke buang sampah merata-rata kat depan umah(masa 410K ngan no7)..tade la plak ek.Siap wat jadual buang sampah laei.Siap ikat kemas2 tuh takot dak2 tak cukup umur yg suke sgt geledah brg yg kitorang buang.ye tak dak2 410K+410J+no7??Paling aku ingat


2)Kalu pokok kat depan umah tuh,toksah nak kata aa,cam nak tercabot pala lutut+anak tekak kitorang neh..tp tak tercabot2 gak pokok cintaku bukan diatas kertas tuh(blom laei tuan umah suh cabut pokok kelapak)..susah-susah aja.


3)Nak kata kitorang slalu wat jahat jiran2 di sekeliling tade plak polis dtg kasik warning.Yg paling pelik plak ada plak jiran2 yg mempercayai kitorang,siap sidai baju kat laman kitorang lagik wakakaka(kalu wid baca musti gelak guling2).Betapa innocentnya muke kitorang neh.Dah la plak tuh,ngan selambernye hambek baju+slor kitorang skalik.Plak tuh plg tatahan..hambek depan mata aku lgikk..pastu tgk aku cam aku neh alien workshop..salahkah aku??wakakaka...


4)Bising??muahaha..mmg tidak dpt dinafikan kitorang mmg bising.Siap skali kne sound dr org sebelah(410J..senior MMU manantah)-"boley diam sket tak??"wakaka kesiannya..tensen wat FYP kot haha(adeii sedapnya aku gelak).makcik sebelah(410H) yg ada anak2 kecik tadek plak sound kitorang.Muka dah cukup garang dah.Selalu je buli anak dia sapu sampah depan umah waktu petang.Budak tuh tgk kwn2 dia maen ngan mata putih jek...(termengumpat plak ex-jiran).Bila maisya,niza,weed ngan zye masuk baru aku tau betapa bisingnya kitorang neh.Rupanya kitorang bercakap pon leh dgr.Umah tuh ada CF tak??ntah2 dinding tuh guna papan lapis je kot :p.


Kalu malam menjelma,kat dlm umah tuh cam pasar borong.Music masing2 genre laen2.Ajat industan,dian indon,pica lagu zaman manantah,ita(saper neh?) rock kapak or jiwang? zelin..music dr The Sims hehehe..kalu kul 10mlm tuh kira hari baru nak bermula la tuh.Tuh blom campur bile kitorang tgk tv.Volume dipasang sungguh 'perlahan' sbb sume org ada masalah gegendang prot.Bertambah-tambah lak ngan jiran2 yg suke lepak kat umah cam Ida,Baiti,Zura n plg kerap Gya ar.Wid lak,ngan kain sarong Mawi nya ngan kadar konsisten cam prestasi amylea dtg umah nengok Survivor setiap mlm jumaat.Kalu umah no7 lak,aku sue ngan lize' slalu kuar minum ayaq buah mlm2..mansyuk abes..world!


4)Khabarnya majoriti berasal dr kaum berada?-iskk..byk yg mengada dr berada.Ntah la,takat plg kaya aku penah dgr anak pewaris Puncak Niaga ngan anak Pengarah PTPTN ada la..yg laen tuh takat kaya2 biasa2 jek(tak penah plak wat survey).tp batch aku tadela sampai tarap camtuh.Kalu adapon low profile cam ehem ehem hehe :D Budak pompuan fo3 tuh MMU ke sbb ewan fo3 tuh dak MMU.Setau aku awek tuh anak Muhammad Taib(ex-MB Selangor).Kete2 kat depan umah kitorang tuh plak bukan yg dapat tarap AP/kete pasang siap dr Pelabuhan Klang.


Citer diatas adalah kisah benar neraca hidup kami2 dan org2 yg penah hadir dlm idup aku..tiada niat menyinggung hati sesiapa..sumenya gurauan sahaja.Jika ada sesiapa yg aku tertinggal nama or yg terasa ngan penuh ayu+sopan santunnya aku mitak maap yer.Bak kata Felix..no hal, sumetuh boley dijadikan infirasi.Jangan la praapp plak.Tade maknanya..thanx for the compliment wakaka..


p/s boley tak letakkan kementerian di satu tempat sahaja dlm satu2 negeri??menyusahkan idup aku ngan sume org je..kementerian neh kat ujung sebelah selatan..kementerian laen lak..kat ujung sebelah utara negeri plak.adeiii..



posted by: amin ganu (reply)
post date: 07.08.06 (5:35 am)

itu memabg dah kebiassan dah.pengotor 2 x pe lagi tapi ada segelintir nya jenis yang bawak pompuan masuk umah.ble dah masuk umah paham paham la pe yang dibuatnya.ini la perangai orang melayu kite yang x reti malu dengan jiran dan bangsa bangsa asing.contohnya oarang cina malam tido siang keje.tapi melayu kite saing tido malam wat keje x berpaedah seperti lumba haram,mabuk dan macam macam lagi la.sedar la orang melayu kiter sekarang ni kite ditakluk oleh cina.cina memonopoli bisnes di malaysia ni.jangan nanti cina dah pijak kepala baru kte nak sedar.akhir kata daripada saya insaf lah wahai orang melayu!!!!

Your Name:


Your Comment: