God,Give Me One More Time....

Semalam dengar lagu Amok-Joget Tari Lenggang. Best jugak. Tergelak aku sowang2 sbb teringat camner aku n osmate2 aku masa alpha gadoh ngan roommate aku psl grup Amok nih. Punya la minah nih bermatian-matian pertahankan Amok. Dia kata muzik n lagu amok best…Kitorang punya la bantai gelak kat. Siap aku yg jahat nih dok kata kalau la aku jumpa kaset Amok kat tengah jalan ,aku sanggup buang dlm tong sampah. Tapi sebenarnya kitorang xder la benci sgt kat Amok, Cuma saje nak sakat dia. Sampai satu tahap minah nih bengang gile so kitorang stop kutuk Amok heheheh tapi rasa sayu tiba2 bila aku realise minah nih dah takder. Sedeeeeeeeeeeey!!! L (nada zelin)


Antara perkara yg aku nyesal dlm hidup nih adalah aku tak bersungguh-sungguh utk jadik kwn dia yg terbaik. Masa aku ziarah dia pon dia dah koma. Dah la tuh, bila aku tgk dia, aku tak mampu kata apa-apa. Tak cakap aku datang dah beri dia semangat utk hidup. Sbb aku tak percaya kawan yg aku kenal seorang yg ceria tetiba sakit dan terlantar hampir mati. Betul ke kwn aku camnih????? Masa tuh walau org cakap harapan dia amat tipis tp aku tak percaya. Aku harap2 dia akan sembuh dah hidup seperti biasa. Sampai sekarang pon bila aku tgk pokok kaktus aku teringat kat dia sbb dia suke gile pokok kaktus. Chomel katanya.


Aku pon tak sedar bila dia sakit, pakwe dia ada cakap,dia mmg tak cakap kat semua org dia sakit. Nape dia baik sgt? Kadang-kadang aku salahkan diri sendiri sbb isk bodohnya aku……kalau la aku leh stop tabiat dia yg suke mkn panadol dulu takkan sampai camnih. Lagi la rasa bodoh bila aku baru jumpa penawarnya. Tapi Allah lagi sayangkan dia.


Aku tnya Maisya apa perasaan dia agaknya masa dia sakit tuh. Maisya kata maybe dia sedar dia akan mati tp dia takleh lari.Hmmm….Kalu camtuh aku yg x sakit nih canner?Kalu tetiba je mati,mesti  x sempat nak taubat. Baru2 nih aku ada mimpi dia. Aku hantar dia naik bas express. Muka dia ceria cam biasa. Aku hantar sampai atas bas. Sekali bila aku nak turun, pintu bas tertutup dan bawa aku skali. Bila aku sedar…What’s d’ meaning???? Aku pun nak mati dah ke?Rasa takot pon ada sbb pahala aku bukan byk sgt huuhuhu…..


Sampai bila-bila aku takkan lupakan tarikh keramat 29 February 04 sbb mlm tuh masa aku tgh tensen wat FYP,aku trima msg dr Gya kata dia dah meninggal kul 12.30. Pastu bertalu-talu aku trima msg dr kwn2,kwn2 aku+osmate aku masa alpha call. Wid yg blk dr konsert nashid pon datang. Malu plak Wid tgk aku nangis. Terima kasih kwn2 sbb bagi semangat kat aku esp 410K+410J…masa tuh rasa idup berubah kejap. Rasa cam ada batu besar hempap kapla aku.


Tapi aku tumpang bahagia+terharu bila sampai akhir hayat dia,dia terjumpa true love dia. Terima kasih aku ucap kat pakwe dia sbb sanggup sacrife jaga dia masa dia sakit. Pakwe dia pon sengsara gile aku tgk. Siap nak derma buah pinggang tp  x dpt. Bila dia meninggal, pakwe dia suh aku doakan diorang akan jumpa kat syurga. I’Allah… Cuma setahu aku kalu diorang kahwin baru boleh jumpa..ntah la.


So kengkwn,maafkan kelemahan+keburukan aku  kalu selama nih aku  xdpt jadik kwn yg baik. I’m not a perfect person. Kalau la aku ada sedikit masa lagi…..utk aku tak menyesal buat selama-lamanya.


Petikan dr cerita God,Give Me One More Time:


Mengapa manusia mesti tunggu sehingga semuanya sudah terlewat


Baru tersedar segalanya sudah tak sempat lagi


Bila jam utk kehidupan sudah hampir


Diberhentikan oleh Tuhan


Sekarang baru ternampak cahaya


Cahaya yg lemah dalam kegelapan


Tolong jagakan cahaya yg lemah ini


Jangan biarkan ia terpadam


Semasa semua orang tak sedar


Saya sanggup tukarkan dengan naywa saya


Wahai tuhan,Tolon berikan saya lebih sikit masa


GOD..GIVE ME ONE MORE TIME……..

as we'll go on ..we remember..all the time we spend 2gether....

Friendship Forever


Want to ensure you and your best friend always stays close? Then follow the 10 golden rules of friendship. By Stephanie Osfield


!. Avoid unsolicited advice


2. Give her space


3. Don’t just remember her/him birthday


4. Forgive and forget


5. Boost her ego


6. Stay close when her life changes


7. Know when to lie


8. Listen, don’t just talk


9. Never bitch behind her back


10. Stay connected

Kita (OST 30 Hari Mencari Cinta)-Sheila On 7


Di saat kita bersama


Di waktu kita tertawa


Menangis merenung


Oleh cinta


Kau coba hapuskan rasa


Rasa dimana kau melayang jauh


Dari jiwaku Juga mimpimu


Biarlah,biarlah


Hariku dan harimu


Terbelenggu satu


Oleh ucapan amnismu


Dau kau bisikkan kata cinta


Kau t'lah percikakn rasa sayang


Pastikan kita seirama


Walau terikat kata hina


Sekilas kau tampak layu


Jika kau rindukan gelak tawa


Yang warnai lembar jalan kita


Reguk dan tegukla


Mimpiku dan impimu


Terbelenggu satu


Oleh ucapan janjimu


Dan kau bisikkan kata cinta


Kau t'lah percikakn rasa sayang


Akankan kita seirama


Saat terikat kata hina


 

Dari Baitulmaqdis ke Kaabah

PERISTIWA Tahwil Qiblah atau perubahan arah kiblat dalam solat dari Baitulmaqdis ke Masjidil Haram di Makkah yang berlaku pada Syabaan adalah ujian Allah kepada orang beriman.


Firman Allah maksudnya: "...Dan kami tidak menetapkan kiblat yangmenjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui siapa yang mengikut Rasul dan siapa yang membelot.

"Sesungguhnya, pemindahan kiblat itu terasa amat berat kecuali bagiorang yang diberi petunjuk oleh Allah dan Allah tidak akan mensia-siakan iman kamu kerana sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia." (Surah al-Baqarah, ayat 143)

Ujian yang dimaksudkan di sini, terbukti selepas berlaku peristiwaQiblah Tahwil.

Orang Musyrikin mendakwa perubahan arah kiblat itu petanda betapa kalutnya agama yang dibawa Nabi Muhammad.

Orang beriman mula bimbang kononnya sembahyang mereka selama ini tidak diterima Allah.

Ayat yang diturunkan menjelaskan bahawa solat yang didirikan sebelum peristiwa tahwil tetap diterima Allah dan tidak sia-sia.

Sejarah mencatatkan 10 sahabat yang meninggal dunia sebelum sempat mentaati perintah Allah.

Ini kerana selama ini mereka menghadapkan muka ke Baitulmaqdis, sebenarnya pahala mereka setanding dengan mereka yang hidup dengan menghadapkan muka ke Kaabah.

Mengikut sejarah, kefarduan sembahyang disyariatkan ke atas Nabi Muhammad dan orang Islam ialah ketika Mikraj Rasulullah. Sejak itu, arah kiblat ialah menghadap ke Baitulmaqdis di Palestin.

Ada pendapat ulama yang menyatakan Rasulullah bersolat di Makkah dengan menghadap ke Kaabah, tetapi pendapat yang lebih tepat menyatakan arah kiblat ketika itu ialah Baitulmaqdis.

Perkara ini berterusan hingga baginda berhijrah ke Madinah dan ketika itu arah kiblat masih menghadap ke Baitulmaqdis.

Keadaan ini berterusan hampir 16 atau 17 bulan. Ibnu Ishaq menyatakan peristiwa Tahwil Qiblah berlaku selepas 18 bulan hijrah Rasulullah.

Pada pertengahan Syaaban iaitu pada 15 Syaaban tahun kedua Hijrah, Rasulullah diperintahkan oleh Allah untuk mengubah kiblat ke Kaabah.

Sebelum peristiwa ini, orang Yahudi di Madinah pelik mengapakah arah kiblat orang Islam menghadap ke Baitulmaqdis, sedangkan Baitulmaqdis adalah kiblat mereka.

Menurut pengetahuan mereka, agama yang dibawa Nabi Muhammad tidak sama dengan agama yang mereka anuti.

Orang Yahudi menyangka Islam mengikuti dan mengamalkan beberapa tradisi dan sembahyang mereka.

Cakap-cakap seumpama ini sedikit sebanyak menggusarkan hati Rasulullah, sedangkan baginda amat menginginkan arah kiblat menghadap ke Kaabah kerana ia adalah binaan yang dibangunkan Nabi Ibrahim.

Rasulullah pernah meluahkan perasaan ini kepada Jibril, malah sering mendongak ke langit berdoa kepada Allah agar hasratnya didengar dan dimakbulkan.

Sejak itu, Rasulullah sering menunggu supaya diturunkan wahyu agar keinginannya itu terlaksana.

Sesungguhnya Kaabah diharapkan menjadi kiblat orang Islam kerana ia adalah rumah suci pertama dibina untuk menyembah Allah Yang Maha Esa.

Biarlah orang Islam mempunyai kiblat sendiri dan tidak mengikut apa yang diamalkan orang Yahudi. Semoga propaganda orang Yahudi berakhir dengan turunnya wahyu membenarkan hajat dan hasrat baginda.

Doa Rasulullah didengari Allah dan keinginan itu, akhirnya dipenuhi oleh Allah Yang Maha Mendengar. Turunlah wahyu Allah menerusi firman-Nya bermaksud: "Kami melihat kamu memalingkan muka kamu (untuk petunjuk) ke arah langit, sekarang kami akan palingkan muka kamu ke Qiblah yang akan memuaskan hati kamu. Maka hadapkanlah muka kamu ke arah masjid yang suci (Masjidil Haram) di mana saja kamu berada, hadapkanlah muka kamu ke arahnya." (Surah al-Baqarah, ayat 144)

Solat pertama yang didirikan Rasulullah menghadap Kaabah ialah Zuhur bersama Bani Salamah di masjid yang dikenali sekarang sebagai Masjid al-Qiblatain.

Solat pertama menghadap ke Kaabah di Masjid Nabawi ialah Asar.

Di masjid Quba, solat pertama menghadap Kaabah ialah Subuh, apabila berita pertukaran kiblat ini sampai kepada orang Islam di Madinah.

Perubahan arah kiblat ini mengganggu fikiran orang Yahudi yang selama ini mengejek Rasulullah dan sahabat.

Mereka kemudiannya menyebarkan khabar angin dan dengan segera Allah menurunkan wahyu menolak dakwaan mereka.

Apabila mereka berhujah dengan menyatakan kebenaran itu hanya dengan menghadapkan muka ke Baitulmaqdis, Allah menurunkan ayat 142 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Mereka yang jahil dari kalangan mereka (orang Yahudi) akan berkata, apakah yang menyebabkan mereka berpaling muka dari Qiblah yang mereka sering hadapkan?

"Katakan (wahai Muhammad), kepada Allah milik kedua-dua arah timur dan barat. Allah memberikan petunjuk kepada manusia ke jalan yang benar."

taegukgi....abang

"Taegukgi" is the story of two brothers who are unwillingly drafted into the South Korean army following the outbreak of the Korean War in June 1950. The older brother (Dong-gun) strives to protect his younger brother (Bin) on the battlefield while struggling to find a way to have him discharged so he can return to their village and care for the family they left behind. However, as the war progresses, the horror and violence they witness begin to take its toll on each man and sever their bonds as brothers and soldiers. Featuring large-scale battle sequences and an intimate and complex look at the social consequences of the Korean War on its country and people, "Taegukgi" offers a unique perspective on "The Forgotten War", which permanently divided a nation and turned friends --and families-- into sworn enemies.

p/s Jang dong gun kalu berlakon film,watak dia slalu je mati masa ending story,x tau la plak kalu citer nih..jgn la ko mati uhuhhuhuuuu n aku ada baca dlm utopia x silap,film nieh film termahal Asia hehehe

Official site Tae Guk Gi: The Brotherhood of War--





link nye..

sapa yg nak baca psl israk mikraj tuh baca la kat link nih.aku nak tampal kat sini kang byk sgt.Apa salahnye spend masa korang yg berjumlah 24j sehari tuh skit utk membaca mende alah nih.Kang anak cucu korang tnya lupa plak nih link nye http://www.bharian.com.my/BHa...+mikraj Citer nye dr atas ke bawah tau!

damn cute...!!!

hmmm...semlm aku kne pi umah mak sedara aku psl dia wat kenduri arwah,OTW(on the way)singgah jap pi umah org meninggal,masa wat kje kat umah mak sedara aku tuh t'serempak plak ngan kwn aku masa skolah rendah+menengah rendah dulu² Maziha ..hmmm dah byk dah berubah.Jumpa² plak ckp psl jodoh.Pesal la bila sume org jumpa aku asyik tnya psl pakwe,penting sgt ke?maybe la..di usia camnih mmg patut kot heheh pastu sembang plak psl kwn².Sume dah tunang,kawen dan dah ada anak.At least sume org ada 'somebody' dlm idup diorang.Tiba² aku terasa kesunyian plak.Kwn baik aku dr kecik merangkap sepupu aku Mala dah ada anak sorang dah pn tp pesan dia "Ita,x yah la kawen muda²,enjoy dulu puas²".Huh,laju je depa nih.Tak sangka plak depa nih suka kawen awal.Dulu membesar sama²,pi skolah sama,bawak basik laju² sampai terlanggar sesama sendirik pastu masuk semak heheh...pi library wat bising.Dlm klas gadoh ngan bdk laki,cikgu xder bersidai kat luar klas.Kantin pon jadik kedai kopi kitorang.Hmmmm..zaman dah berlalu.Friendsip last forever pon ntah ke mana.Sume dah sibuk ngan hal masing² uhuhuuh....Ada jgk yg kawen ngan pakwe zaman skolah dulu.Bahagia sungguh.Aku tertunggu² sbanarnya Niza ngan Salleh kawen.Diorang nih kapel dr darjah 4 sampai lah skg.Still x putus² lg.Hebat sungguh.Apa rahsia pon x tau sbb dah lama x jumpa diorang.

Ptg plak,tetiba mak aku suh kutip kepala eh kelapa(bahasa trg buoh nyor) kat blakang umah.Penat sungguh.Abis jek, dlm dok selekeh dan rupa aku ntahhapahapa t-shirt buruknye,sluar aku dipenuhi 'bunga² cinta'pi la antar blk kete sorong kat umah sebelah.Tetiba ternampaklah satu bayang yg macam pernah kulihat tp dimana yerk???Luke Perry!!!Hehehe..dah ensem dah mamat sekor nih.Cam Luke Perry plak aku tgk mamat nih.Damn cute,seb baik x cair kat situ gak.Rasa cam nak lari jek tp memandangkan dia senyum kat aku cam aku ni bidadari dr syurga so dgn t'sengih² badak aku pi sapa dia.B'ckp 2-3 ayat pastu masing² memblahkan diri.Uuuhuhuu malu²..dia ckp aku dah lain.Apa yg lain x tau la,yelah pas PMR aku kluar dr skolah Paka pastu x jumpa dah.Kiranya dlm 7-8 thn la x jumpa.Bdk baru lahir pon dah masuk darjah 1.Hmm..teringat kenangan silam plak aku nih.

camnela aku x minat bdk nih dulu.Nak kata dia otai klas x der la plak.Ok jek,baik n low profile.Yelah takkan sume org ensem atau baik kita minatkan?Tp aku mmg x minat sesapa kat skolah menengah rendah dulu.Seriyes!nak kata aku nih hardworking student,bukan!Nak kata aku nih spesis Elton John pon bukan hahahhah...adeiiiii...apa² je lah!

baca la jap..x sampai pon 5mint..plsssssss

sambungan citer nih dr citer kat bawah nun.Aku wat khas utk kowang sempena 27Rejab dimana peristiwa Israk Mikraj berlaku hehehe....ahad nih 12sept 04

DALAM masa yang begitu singkat, sampailah Rasulullah saw bersama Jibril di Baitulmaqdis. Baginda kemudian turun dari Buraq tunggangannya dan Jibril membawa Buraq itu menuju masjid.

Selepas Jibril menambat Buraq, mereka masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat sunat tahiyatul masjid sebanyak dua rakaat. Apabila selesai, Rasulullah melihat ramai manusia memenuhi masjid itu.

Sewaktu Jibril melaungkan azan, turunlah malaikat dan berhimpunlah segala nabi serta Mursalin.

Kemudian Jibril pun iqamat. Berdirilah jemaah yang memenuhi masjid itu. Mereka pun mencari-cari siapakah yang akan menjadi imam.

Jibril menarik tangan Rasulullah sampai ke mihrab.

Solatlah Rasulullah bersama jemaah yang ramai di belakangnya.

Setelah selesai solat, Jibril bertanya kepada Rasulullah: “Adakah engkau tahu siapakah yang solat di belakang engkau tadi?"

Rasulullah menjawab: "Tidak tahu.”

Jibril pun menerangkan bahawa itulah roh segala nabi dan Mursalin yang diwahyukan Allah.

Rasulullah pun memuji Allah dengan pujian berikut: “Segala puji bagi Allah Tuhan yang mengutusku, yang memberi rahmat bagi sekalian alam yang lengkap bagi setiap manusia.

“Berita yang menggembirakan serta yang menakutkan dan menurunkanku kitab suci al-Quran yang dalamnya mengatakan setiap sesuatu dan menjadikan umatku itu umat yang dikeluarkan baginya segala manusia serta menjadikan umatku itu umat yang terpilih.

“Dan menjadikan umatku itu umat yang permulaan takdirnya dan umat yang terakhir. Dan meluaskan dadaku dan membuangkan daripadaku dosa-dosaku dan diangkatkan bagiku sebutanku dan menjadikanku permulaan dan kesudahan.”

Selepas selesai Rasulullah memuji Allah, berkatalah Nabi Ibrahim : “Inilah kelebihanmu wahai Muhammad.”

Setelah melalui beberapa keadaan, Rasulullah berasa dahaga, lantas Jibril pun membawakan tiga jenis minuman iaitu susu, arak dan madu. Rasulullah memilih susu untuk diminum.

Jibril membenarkan pilihan Rasulullah sambil berkata : “Sesungguhnya engkau telah memilih asal kejadian dan jika engkau meminum anak, nescaya umat engkau akan ramai yang sesat dan tiada yang beriman melainkan sedikit.”

Seketika Rasulullah dipandang oleh bidadari dari langit. Setiap bidadari memohon kepada Allah untuk menziarahi Rasulullah. Lalu Allah pun mengizinkan mereka untuk turun dari syurga bersama malaikat.

Sampai saja kepada Rasulullah, mereka pun solat di belakang Baginda.

Selepas itu, mereka duduk pada dinding Baitulmaqdis dan Rasulullah mengucapkan salam kepada mereka. Mereka pun menjawab salam Baginda.

“Siapakah kamu semua?” tanya Rasulullah.

Lantas mereka pun menjawab: “Kami adalah daripada kalangan orang yang baik dan elok, yakni bidadari yang juga beberapa isteri bagi kaum yang suci daripada dosa mereka dan mereka itu kekal di situ dan tidak binasa.”

Dalam hadis ada disebut bahawa bidadari dijadikan Allah daripada za’faran (sejenis pohon) dan ada satu lagi riwayat mengatakan bidadari dijadikan daripada tasbih malaikat atau titik air sayap Jibril ketika ia keluar dari sungai syurga.

Akhirnya, dalam perjalanan itu, sampailah Rasulullah bersama Jibril ke Mikraj. Mikraj adalah tangga yang sangat elok.

Anak tangganya dibuat daripada emas dan perak yang dikeluarkan dari syurga Firdaus yang bertahtakan permata indah.

Di kiri dan kanan tangga ini ada beberapa malaikat. Setiap tangga ke tangga yang lain ialah sejauh 500 tahun perjalanan seperti antara langit dengan bumi.

Perjalanan antara satu langit dengan langit yang di atasnya ialah sejauh 500 tahun perjalanan juga.

Kemudian Rasulullah diangkat ke langit pertama, kedua dan demikianlah seterusnya. Tebal setiap langit ialah 500 tahun perjalanan juga.

Selepas itu, Jibril pun mendirikan tangga berkenaan, lalu naiklah mereka ke langit pertama. Maka terangkatlah mereka ke atas sambil diikuti oleh skhrah (batu Baitulmaqdis tempat berpijak untuk memulakan Mikraj).

Jibril pun memerintahkan skhrah berhenti, lalu berhenti ia di situ, tergantung antara langit dengan bumi tanpa tali hingga hari kiamat.

Setelah beberapa lama, tatkala seorang perempuan hamil melintasi di bawahnya dan terlihat skhrah, dia berasa terkejut hingga gugurlah kandungannya.

Oleh itu, telah diciptakan Allah di bawahnya sesuatu yang dapat melindunginya daripada dilihat oleh sesiapa saja yang melintasi di bawahnya. – Bersambung.

dun cross a road like chicken...

:twisted:Thanx Kamal,aku cilok nih dr ko,slamat tersenyum sowang²...


Di sebuah ladang ternakan ayam... kelihatan
seekor ayam jantan yg tua duduk
termenung...masih terngiang-ngiang di telinganya
perbualan tuannya utk membeli ayam jantan yg
masih muda...apa tidaknya..di kawasan yg
mempunyai 25 ekor ayam betina itu...hanya
dirinya sja yg jantan dan diharapkan untuk
memastikan ayam betina yg lain mampu
bertelur...sedangkan dirinya sudah semakin
tua...mana la larat kan...satu hari seekor ayam
jantan yg muda mula berada disitu... pastinya
dibeli oleh tuannya...si ayam muda begitu angkuh
membawa ayam2 betina di hadapan si ayam
tua...ayam tua hanya mampu menahan
marah...tersenyum sinis...

dia tahu itu bukannya satu-satu ayam jantan muda
yg pernah hadir dikawasan itu...namun kerana
kepintarannyalah dia berjaya mengusir semua
ayam2 jantan yg lain...apa kata kalau kau beri aku
10 ekor ayam betina... kau ambillah lagi 15 ekor...
kata ayam tua...mana boleh...kau tu dah
tua...bagila can kat aku yg muda ni...kata ayam
muda dengan angkuh...lantas ayam tua
mencadangkan agar satu perlumbaan diadakan
dan pemenangnya berhak mendapat semua
ayam betina yg ada...si ayam muda
bersetuju...pertandingan yg ditetapkan adalah
lumba lari 400m...tetapi ayam tua
meminta supaya dia dibenarkan berlari dahulu
kerana dirinya sudah tua...ayam muda
bersetuju...ayam tua mula berlari...nun dihujung
sana ayam muda mula mengejar... semakin
hampir...dan tiba2...DUM...tuannya menembak si
ayam muda...dengan kesal mulutnya membebel...
"AKU X TAU KENAPA SEMUA AYAM JANTAN
MUDA YG AKU BELI NI GAY... TAUNYA KEJAR
AYAM JANTAN JUGAK...DAH LA TU...NGAN
AYAM TUA PUN DIA LAYAN JUGAK!!!"

ayam tua tersenyum kemenangan... ."

p/s for men-love is about taking risk,for women-love is about battlefield

kpd sesape yg dah ilang ingatan ttg peristiwa ini....

Apa yang Allah kehendaki terus menjadi (kun fayakun); tiada siapa pun boleh menghalangnya. Semua kita milik Allah, masa milik Allah, tempat milik Allah, ruang milik Allah malahan apa yang terlintas di hati kita juga milik Allah.

Hakikatnya kita tidak memiliki sesuatu. Saidina Abu Bakar apabila diberitahu mengenai keganjilan yang berlaku dalam peristiwa Israk dan Mikraj, serta merta berkata jika pengakuan itu datang daripada Nabi Muhammad, Baginda 100 peratus yakin dan percaya, bukan setakat peristiwa Israk dan Mikraj, malah lebih daripada itu pun baginda akan yakin.

Semua ulama berijmak bahawa peristiwa Israk dan Mikraj berlaku kepada Rasulullah secara jasad dan roh.

Peristiwa itu berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah.

Pada malam itu, Rasulullah sedang tidur (tidur-tidur ayam) bersama bapa saudaranya, Hamzah dan Jaafar bin Abu Talib.

Tiba-tiba Jibril datang bersama Mikail serta malaikat lainnya. Jibril memerintahkan malaikat lain mengangkat Rasulullah ke suatu tempat. Di situ, Jibril membelah dada Rasulullah hingga ke bawah pusatnya.

Selepas dada Rasulullah dibelah, Jibril memerintahkan Mikail membawa satu batil air zam-zam untuk menyucikan hati Baginda supaya luas dadanya. Selepas itu, ia pun mengeluarkan jantung Baginda dibasahi dengan air zam-zam sebanyak tiga kali.

Darah hitam dalam dada Rasulullah dikeluarkan. Darah itu adalah sebahagian daripada syaitan.

Setelah itu, Jibril menuangkan satu batil daripada emas yang penuh hikmat dan iman ke dalam dada Rasulullah hingga dada Baginda penuh dengan hikmat, ilmu, keyakinan dan keIslaman yang sejati.

Kemudian, selepas selesai semuanya, dada itu pun ditutup kembali. Semua proses itu tidak menimbulkan sebarang kesakitan kepada Rasulullah. Sesungguhnya termeterailah Baginda di dua balikatnya dengan Khatam an-Nubuwah.

Kemudian, didatangkan Buraq dari syurga yang berpelana dan bertali. Buraq ialah seekor binatang berwarna putih, saiz badannya lebih besar daripada himr dan lebih kecil daripada barghal. Ia mempunyai empat kaki dan pantas berjalan. Satu langkah ke satu langkah kakinya adalah seumpama sekelip mata memandang.

Apabila ia hendak menaiki bukit, kedua-dua telinganya akan bergerak-gerak dan kedua-dua kaki di belakangnya akan memanjang dan apabila ia turun kedua-dua kaki di hadapannya akan memanjang. Ia juga mempunyai dua sayap.

Ketika Rasulullah mula-mula hendak menunggang Buraq, ia meliarkan diri dan memayahkan tunggangan Baginda. Lalu, Jibril pun meletakkan tangannya pada leher Buraq seraya berkata: "Tidakkah engkau malu wahai Buraq, demi Allah tiada seorang pun menunggang engkau yang terlebih mulia di sisi Allah daripadanya."

Apabila mendengar kata-kata Jibril itu, Buraq pun berhenti bergerak-gerak serta merendahkan dirinya hingga Rasulullah naik ke atas belakangnya.

Tidak berapa lama Rasulullah menunggang Buraq, sampailah Baginda dan Jibril ke suatu dusun yang banyak nahl atau pokok kurma. Jibril menyuruh Rasulullah turun di situ dan solat dua rakaat. Apabila selesai, Jibril bertanya: "Adakah engkau tahu tempat engkau solat tadi?"

Jawab Baginda: "Tidak tahu."

Jibril pun menerangkan bahawa tempat itu ialah Tai`bah iaitu Madinah al-Munawarah.

Perjalanan itu pun diteruskan. Sampailah mereka ke suatu tempat. Seperti biasa Jibril menyuruh Rasulullah solat dua rakaat. Rasulullah menurut suruhan Jibril itu dan apabila selesai, Baginda menunggang Buraq kembali.

Jibril pun bertanya Rasulullah adakah Baginda tahu tempat berkenaan. Seperti tadi juga, Rasulullah menjawab tidak tahu. Kemudian Jibril pun menerangkan bahawa itulah Baitul Lahm iaitu tempat kelahiran Nabi Isa.

Tiba-tiba Rasulullah terlihat Afrit daripada bangsa jin. Ia membawa cembung api menyebabkan mata Rasulullah sentiasa berpaling ke arahnya.

Bertanya Jibril: "Adakah engkau mahu aku ajarkan kalimah untuk menghalau Afrit itu?"

"Ya," jawab Rasulullah.

Jibril pun mengajarkan Rasulullah, kalimah yang berikut:

Maksudnya: “Aku berlindung dengan wajah Allah dan kalimah-Nya yang sempurna, yang kebaikan dan dan kejahatan tidak mengatasinya daripada kejahatan yang turun dan naik ke langit, dan daripada kejahatan apa yang diciptakan di bumi juga yang dimusnahkan, dan daripada kejahatan malapetaka malam dan siang, dan daripada kelihatan penunggu malam dan siang, melainkan yang datang dengan membawa kebaikan, wahai Tuhan Yang Rahman.”

Apabila kalimah ini dibaca, padamlah cembung api Afrit dan rebahlah ia ke atas mukanya. Tatkala selesai Rasulullah membaca, tersungkurlah Afrit


p/s thanx ar faizah,aku cilok dr ko nye blog

mr monk and me...

:D at last aku pass gak test kete,leh ar aku bwk kete pas nih,jumaat lepas kakak aku yg ke-4 tinggalkan kete dia,dia nak pi jejln ngan family dia.Apalagi..sblom kakak aku yg ke-6 amik,aku pon rembat dulu.Puas ati aku jln2 kata bandar paka sampai la ke kawasan perindustrian paka yg ada byk lampu ngan api nyala2 tuh,gila la aku bawak kete tuh laju2 sbb x der sapa kat sebelah aku,siap potong sume kete :twisted:  kalu ada org, aku bawak slow gak psl melibatkan nyawa org nih aku x brani sgt.kakak aku x nak ikut psl dia takot hahahhaha..ingat aku x pro ke???dah la masa blaja kete dulu pakcik slalu marah aku psl aku suka bawak laju hahha  8) Tp kete aku tuh still xleh bawak psl bila start enjin ke alarm pon bunyi..korang rasa apa psl ek?nih pon tgh kumpul duit nak baiki kete tuh.mr monk????skg nih aku gile tgk citer tuh,setakat nih aku x lepas satu episodepon lg.Aku mmg suka citer mata-mata gelap nih ehheheh 8), lagi la nak gelak kalu tgk aksi mr monk yg ntah hapa2 tuh,klakar gile,tp aku rasa skg pon aku jadik cam mr monk skit.x leh tgk barang bersepah skit sakit mata uhuuhuh tp x de la kronik cam dia.Hmmm...kwn2 aku bdk scolar dah start keje dah,wish y'all gud luck!dah kaye nanti jgn lupe aku lak.